Jika dilihat zaman sekarang terlalu ramai mengenakan pakaian berlainan jantina atas alasan sekadar ‘content’ di media sosial.
Meskipun sedar dosa berpakaian sedemikian namun ia dilihat sebagai satu benda normal tidak kisah atas alasan apa sekalipun.
Kini seorang personaliti media sosial Otam Blurr memilih untuk tidak lagi mencipta kandungan dengan mengenakan pakaian seperti wanita.
Otam memaklumkan hal tersebut menerusi Instagram selepas ditanya mengenai watak ‘Kak Kuntum Janda’ yang diciptanya.
“Ramai yang tanya mana ‘Kak Kuntum Janda’ lama dah tak keluar. Lebih kurang dua tahun juga berhenti buat ‘content’ menyerupai wanita.
“Banyak faktor yang menyebabkan aku rasa perlu berhenti sekarang dan tidak terbawa sampai aku tua nanti.
“Hari ini titik noktah buat aku,” ujarnya dalam hantaran di Instagram.
Dalam pada itu Otam juga berharap dirinya kekal istiqamah untuk terus berubah ke arah kebaikan.
“Insya-Allah, doa-doakan Otam ya. Perlahan-lahan untuk diri sendiri. Terima kasih Kak Kuntum, Janda, Q Shanti Kamala Konti.
“Terima kasih semua yang menyokong dubmash Otam. Semoga ‘hijrah’ kecil ini membawa kebaikan pada hari mendatang,” tulisnya.
Baca juga: Mak Cik buat siaran langsung di TikTok sambil solat terawih undang kecaman ramai