Kadang-kadang pelik dengan peniaga zaman sekarang yang berniaga dengan meletakkan caj tambahan yang dilihat tidak masuk dek akal.
Memanglah kelapa zaman sekarang ni agak mahal tapi janganlah caj kalau sudah berniaga dengan kuih yang memerlukan kelapa parut.
Ini tidak, jual kuih tradisional pada harga mahal, boleh pula kelapa parut dikenakan caj tambahan sedangkan kuih tersebut memang memerlukannya.
Biasanya makanan yang di tambah atau ‘add-on’ ni adalah lebih kepada pilihan seperti nasi lemak mahu ditambah ayam goreng.
Tular video seorang penjual kuih apam yang mengenakan caj RM2 untuk kelapa parut buat kuih apam yang dijualnya.
“Empat potong RM6, tujuh potong RM10. Kelapa parut nak tambah RM2,” ujar peniaga dalam video TikTok Klfoodie.
Rata-rata netizen terkejut dengan harga diletakkan nak mempersoal kenapa perlu bayar tambahan untuk kelapa parut.
“Eh kenapa kena caj tambahan sampai RM2, bukan ke apam kampung makan sekali dengan kelapa parut.
“Ini bukan isu kalau tak mampu jangan beli, ini masalah harga. Tak kisah makanan apa, kenapa beli kalau harga tak logik.
“Habis tu kalau tak add-on kelapa, balik kena makan dengan kicap cap udang ke?
“Hari tu dia (peniaga) kena kecam dekat Facebook sebab tak letak kelapa parut dengan alasan mahal, sekarang dia caj pula kalau nak tambah kelapa,” antara komen di TikTok KlFoodie.
Baca juga: CCTV rakam lelaki bertelekung dan curi bag jemaah ketika solat