Mengikut data terkini Transfermarkt, nilai Penyerang muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin di pasaran ketika ini ialah €50,000 (RM258,000).
Ia sama sekali berbeza dengan nilai Arif Aiman yang kini mencecah €500,000 (RM2.8 juta).
Menurut laman Facebook Voice, Nilai Luqman dilihat lebih rendah berbanding beberapa pemain yang beraksi dalam Liga Super musim lepas.
Tiga pemain tempatan iaitu T. Saravanan, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau dan V. Ruventhiran masing-masing memiliki nilai sama iaitu €175,000 (RM905,000).
Ketiga-tiga pemain ini memiliki nilai lebih tinggi di pasaran berbanding Luqman walaupun beraksi di liga tempatan.
Situasi ini berlaku kerana Luqman tidak mendapat peluang beraksi dengan kerap baik bersama Kortrijk mahupun kelab pinjaman pertamanya dari Iceland, Njardvik.
Ini dibuktikan menerusi statistik yang dikumpul oleh Transfermarkt. Luqman hanya membuat 15 penampilan untuk Kortrijk dan Njardvik serta hanya menyumbat dua gol.
Atas sebab itu, ramai peminat bola sepak negara berharap perpindahan ke YSCC ini mampu mengembalikan prestasinya sebagai peledak berbisa di atas padang.
Nilai tertinggi beliau dalam pasaran perpindahan sebelum ini ialah €150,000 (RM776,000) dan ini direkodkan pada Oktober 2020.
Artikel asal, laman Facebook Voice.
Baca juga: “Nak kelapa tambah RM2” – Netizen tercengang lihat kedai jual kuih apam tanpa kelapa parut