Beberapa hari ini isu yang melibatkan Dewan bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan peniaga agak panas dibicarakan di media sosial. Tambahan lagi ada segelintir pihak yang memanaskan lagi perseteruan ini.
Dengan kejadian ribut yang berlaku di tapak bazar baru-baru ini, golongan ini mendakwa DBKL gagal menguruskan bazar ramadan dengan baik. Termasuklah dengan isu pengurusan lesen penyelenggaraan yang didakwa tidak teratur.
Perkara ini disanggah sama sekali oleh peniaga di tapak bazar berkenaan. Mereka sebaliknya memuji pengurusan DBKL pada tahun ini dalam memastikan peluang sama adil kepada semua peniaga.
Malah peniaga menganggap golongan yang menghentam ini adalah dikalangan kartel lesen bazar sebelum ini
Seorang peniaga tapak bazar aidilfitri di sini mendedahkan agak sukar untuk mendapatkan tapak untuk meniaga di sini sebelum ini kerana perlukan orang dalam untuk kelulusan.

“Tak pernah seumur hidup aku terfikir boleh meniaga kat bazaar di bawah DBKL. Sebab dulu kalau nak mohom, sudah tentu kena lalu persatuan, nak kena kenal orang dalam.
“Kalau kenal ayahanda, dapat la harga RM1.5k. Kalau kenal adik ayahanda, dapat RM2k. Kau takde connection? Jangan harap boleh dapat.”, ujar Afiq Roslan di hantaran media sosial.
Sambil memuji pengurusan DBKL kali ini lebih pro aktif, dia menyatakan dapat menyewa tapak dengan hanya RM700 sahaja.