Tak sangka Kerajaan Persekutuan peruntuk lebih RM1.8 bilion untuk pembangunan Terengganu

Oleh KIM SYAZIE

Perbelanjaan Pembangunan yang diperuntukkan Kerajaan Persekutuan untuk Terengganu tahun ini lebih tinggi berbanding tahun lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pada 2025, sebanyak RM1.836 bilion diperuntukkan untuk Terengganu berbanding RM1.597 bilion pada 2024.

Peruntukan itu menunjukkan pertambahan sebanyak RM239 juta berbanding pada 2024.

“Merujuk sumber Data MyProjek hingga 10 Mac lalu, Terengganu mempunyai 432 program/projek yang telah diluluskan.

“Hingga 10 Mac lalu, sebanyak 1,363 projek sudah siap dan ini setelah diambil kira projek-projek yang lama kos keseluruhan RM60.10 bilion merangkumi semua negeri di Malaysia. 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 83 projek yang telah siap di Terengganu sahaja bernilai RM1.826 bilion,” katanya selepas majlis berbuka puasa baru-baru ini.

Sementara itu Anwar memberitahu, sebanyak RM2.24 bilion telah diperuntukkan oleh kerajaan untuk projek tebatan banjir, pemuliharaan muara sungai dan menangani hakisan pantai di negeri itu.

Beliau berkata, sebahagian besar peruntukan itu adalah bagi projek pemuliharaan muara sungai membabitkan sebanyak RM999.86 juta.

Jumlah peruntukan itu juga termasuk RM581.39 juta bagi projek bawah Rancangan Tebatan Banjir.

“Tak salah saya tapi setakat ini telah diluluskan RM2.243 billion, termasuk pemuliharaan muara sungai dan tebatan banjir RM581.39 juta serta Projek Loji Rawatan Kumbahan dan Rangkaian Paip Pembetungan bernilai RM662.26 juta,” katanya.

Baca juga: Patutlah kaya! Ada pempengaruh beli stok produk kosmetik murah di Thailand, jual berkali ganda di Malaysia