Perkahwinan baru Ina Naim pernah ditentang anak kedua, alasannya meruntun jiwa…

Oleh MALAYSIADATELINE

Setahun selepas kehilangan suami, isteri kepada penyanyi Allahyarham Suhaimi Saad menamatkan zaman ibu tunggalnya bersama Mohd. Khairul Rizal.

Bukan senang untuk mendirikan rumah tangga baru apatah lagi dengan kehadiran anak-anak.

Dalam satu temu bual bersama radio, Ina atau nama sebenarnya Nordiana Mohd Naim memaklumkan anak kedua, Salman Elkhoyri menentang perkahwinan barunya lapor Kosmo! Online.

“Kami bersalaman lima beranak dan saya tanya Salman, tolong bagi sebab kenapa tidak mahu bagi saya kahwin lagi.

“Antara sebab yang jadi tersentuh sangat bila dia cakap ‘nak duduk dengan ayah di sana (akhirat). Kita kan dah janji.’

“Dia kata kita dah janji nak pergi syurga sama-sama. Bila saya dengar dia cakap begitu, saya terdiam dan tidak menjawab,” katanya dalam temu bual dengan stesen radio.

Meskipun sukar untuk menerima kehadiran orang luar dalam hidupnya, dia tidak pernah berputu asa untuk memujuk anaknya menerima Khairul sebagai ayah.

“Mereka masih lagi kekal dengan ayahnya yang pertama. Memang susahlah (terima ayah baru) terutamanya anak nombor dua.

“Abang dia ada pujuk dan adik-adik lain pun turut memujuk dia untuk saya berkahwin lagi.

“Sebelum nak bertunang kalau tak silap, saya cakap dengan Salman tak baik sekat ibu (kahwin lagi),” tambahnya.

Baca juga: Datuk Red terharu Adira raikan hari jadi, ucapan untuk bekas isteri buat ramai sebak