Kadar bil elektrik yang tinggi menjadi salah satu faktor pemilik rumah merasa sangsi untuk memasang ‘aircond’ atau penghawa dingin di kediaman mereka.
Walau bagaimanapun, cuaca panas melampau yang sedang melanda negara ketika ini membuat orang ramai mula ‘mengintai’ kos penggunaan alatan elektrik tersebut.
Namun tahukah anda, pengguna masih boleh berjimat sambil menggunakan aircond dengan mengikuti langkah-langkah yang dikongsi wanita bernama Nur Nadia ini.
1. Tutup suis utama
Sentiasa ingat untuk tutup suis utama setiap kali anda mahu mematikan penghawa dingin. Dengan cara ini, penggunaan elektrik dapat dijimatkan sebanyak 10 peratus.
2. Guna timer
Menghadkan penggunaan aircond dengan tetapan timer juga mampu menjimatkan elektrik di mana peralatan itu boleh ditutup pada waktu tertentu secara automatik.
3. Tetapkan suhu yang tepat
Tetapkan suhu pada 24 darjah Celcius atau lebih. Jika ditetapkan di kadar rendah, ‘compressor’ terpaksa bekerja menurunkan suhu di mana ia menyebabkan pengguna tenaga elektrik yang tinggi.
4. Bersihkan atau tukar penapis aircond setiap bulan
Penapis udara yang kotor mengurangkan keberkesanan unit, lalu peralatan tersebut memerlukan lebih banyak tenaga elektrik dan seterusnya membawa kepada kos penyelenggaraan yang tinggi.
5. Servis secara berkala
Segera servis unit penghawa dingin sekiranya peralatan elektrik itu sudah mula meniupkan udara panas. Namun sekiranya pemilik rumah mahu lebih jimat, boleh memilih penghawa dingin jenis inverter yang lebih mesra alam.
6. Pasang kipas sebagai alternatif
Kipas juga boleh menyejukkan ruang dan suhu. Jika kedua-dua alatan elektrik itu dipasang secara alternatif aircond tidak perlu dipasang dalam tempoh yang lama.
Baca juga: Lebih 2 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama sempena Aidilfitri