Terkejut dengar suara misteri meraung kepanasan di tanah perkuburan

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman dimuat naik pengguna TikTok yang mendakwa terdengar seksaan kubur tular di media sosial.

Video itu dirakam di sebuah tanah perkuburan pada 31 Mac lalu iaitu pada hari raya pertama.

Pengguna Emrozi_73 berkata, dia sendiri tidak perasan mengenai kewujudan suara misteri itu yang terakam dalam telefonnya.

Katanya pada kapsyen, video dan audio adalah original dan tidak disunting.

Dalam video itu terdengar jelas suara meraung menyebut ‘panass, arrghhh’.

“Video dan audio original, sila naikkan volume untuk dengar suara dengan jelas, 31 Mac 2024 pukul 10.32 pagi.

“Baru hari ini perasan ada suara misteri, semoga roh-roh arwah di perkuburan ini ditempatkan dikalangan para syuhada,”tulisnya.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan lokasi tanah perkuburan terbabit.

Di ruangan komen, pengguna berbelah bahagi mengenai ketulenan video. Pun begitu ramai yang percaya video tersebut tidak disunting.

Mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah mendengar suara misteri seperti ada ahli kubur yang sedang mengerang kesakitan.

Mereka menasihatkan orang ramai untuk sedekahkan al Fatihah kepada semua ahli kubur jika berdepan dengan situasi seperti itu.

Baca juga: Terharu tengok wanita India ini santuni warga emas sebatang kara, beri baju dan duit raya