Air Asia larang penumpangnya guna power bank sepanjang perjalanan

Oleh ROSLAN ZAMAN

Syarikat penerbangan terkemuka negara, Air Asia hari ini memaklumkan peraturan baharu yang melarang mana-mana penumpangnya mengguna power bank atau pengecasan bateri mudah alih di atas semua kapalnya.

Menurut Air Asia, larangan ini berkuatkuasa pada 1 April 2025 sebelum ini. Syarikat itu turut menegaskan langkah itu selaras dengan piawaian keselamatan penerbangan global untuk mengurangkan risiko insiden berkaitan bateri semasa penerbangan berjalan.

“Tetamu hanya dibenarkan membawa bateri mudah alih yang tidak melebihi 100 watt-jam (Wh) atau 20,000 milliampere-jam (mAh) di mana ateri mudah alih antara 100Wh dan 160Wh memerlukan kelulusan syarikat penerbangan di kaunter daftar masuk,” katanya dalam satu kenyataan.

AirAsia berkata, bagi tujuan keselamatan, bateri mudah alih mesti disimpan di dalam poket tempat duduk di hadapan atau di bawah tempat duduk dan dilarang disimpan di dalam ruang penyimpanan atas.

Katanya lagi, bateri mudah alih dilarang digunakan sepanjang penerbangan selain mengecas peranti elektronik mudah alih lain pada waktu sama.

AirAsia akan mempamerkan peringatan keselamatan di kaunter daftar masuk dan membuat pengumuman semasa menaiki pesawat dan di dalam penerbangan untuk memastikan pematuhan yang lebih efektif.

baca: AirAsia