Sebuah akaun TikTok membuat pendedahan mengejut, mendakwa jenama kambing perap terkenal, Pak Mat Western liat membayar gaji para pekerja.
Menerusi akaun @boikotpakmat, individu yang memuat naik pendedahan itu dipercayai salah seorang pekerja di restoran berkenaan – berdasarkan beberapa komentar antara pengguna itu dengan warganet.
“Buat program sejuta selawat, infak bagi bantuan sana sini, tapi gaji pekerja dan bekas pekerja buat liat nak bayar. Siapa lagi kalau bukan Pak Mat Western,” tulis akaun itu.
Tidak hanya itu, ia turut memberi gambaran seolah-olah restoran berkenaan hanya menjaga kebajikan ‘anak emas’ mereka.
Susulan beberapa siri hantaran dibuat, ia membuka lebih banyak ruang pendedahan yang dibuat sendiri oleh bekas pekerja restoran terkenal itu.
Salah seorang bekas pekerja mengesahkan dakwaan restoran terbabit culas membayar gaji termasuk memaksa pekerjanya bekerja lebih masa sehingga melebihi 12 jam.
“Hadir bekas pekerja Pak Mat Western. Senang cerita KWSP bayar liat, paksa kerja lebih masa lebih 12 jam. Selepas itu cara nak buang orang ubah tempat ikut suka hati dalam masa 24 jam tanpa persetujan pekerja,” komen Budak z.
“Satu lagi. Temu duga hari ini, esok kena paksa masuk kerja dah korang rasa mesti ada sesuatu kan? Pihak pengurusan atasan toksij gila,” kata someone.
“Memang dari dulu lagi pekerja Pak mat keluar masuk . hadir juga bekas pekerja Pak mat 2 bulan,” kata Ikhmal.
Lebih mengejutkan, ejen juga mendakwa ditipu jenama itu kerana sehingga kini hasil jualan masih belum dikreditkan kepada mereka.
“Kami yang ejen ni pun banyak Kena kencing. Suruh kami ikut promosi dia orang. Margin untung makin turun. Tuntutan aku dah enam bulan tak dapat. Duit dah kasi kat master tapi senarai nama tak kasi .macam mana aku nak buat tuntutan,” luah Norlia Mohamad pula.
Sehingga kini belum ada penjelasan dari pihak yang terlibat.
Jenama itu bukan kali pertama terpalit dengan pelbagai aduan, kebanyakannya melibatkan perkhidmatan kepada pelanggan.
Pendedahan baru ini membuatkan kedudukan restoran itu akan semakin berisiko kerana ramai mahukan penjelasan selain mula membuat jangkaan ini adalah era kejatuhan jenama terbabit.
Baca juga: “Suami selalu rakam aksi kami bersama dalam bilik, sekarang dah cerai aku jadi takut dia sebar..”