Berjam-jam tidur tegak atas motor, netizen syak lelaki hisap vape mushroom

Oleh KIM SYAZIE

Satu video dimuat naik pengguna Facebook menjadi perhatian ramai selepas seorang penunggang motosikal dikatakan sudah berjam-jam tidur secara duduk di atas motosikal.

Kelakuan lelaki itu yang seperti khayal membuatkan ramai mengesyaki dia telah menghisap rokok elektronik atau vape mushroom yang berisi dadah.

Menerusi rakaman dimuat naik pengguna bernama Iwan Sari, dia mendakwa lelaki itu sudah berjam-jam tidur menegak di atas motor.

Video itu turut memaparkan terdapat rokok elektronik pada tangan kiri lelaki tersebut, manakala tangan kanannya memegang telefon bimbit.

“Sesiapa yang mengenali lelaki tersebut, mohon segera beritahu pihak keluarganya kerana sudah lama dia berada di sini,” katanya.

Di ruangan komen, ada pengguna media sosial mendakwa pemuda itu menghisap rokok elektronik perisa dadah mushroom selain ada yang memberitahu kemungkinan penunggang motosikal tersebut kepenatan pulang bekerja.

Baca juga: “Lepas 8 tahun kahwin suami jadi hilang nafsu, bila cek tengok kolestrol jadi punca”