Menjiwai satu watak bukanlah senang apatah lagi perlu menghafal skrip yang panjang lebar, pelakon pastinya mengambil masa lama untuk menyesuaikan diri.
Jika dilihat dalam mpvie atau filem dengan unsur seram, pastinya ada mantera dibaca, rupanya ia adalah ayat memuja yang benar-benar wujud.
Begitulah nasib pelakon Pekin Ibrahim yang cuba membaca mantera di rumah sebelum ditegur isterinya yang juga pelakon Mona Allen lapor Kosmo! Online.
Jelas Pekin mantera yang merupakan sebahagian daripada dialog dalam filem Kulit Wayang ada bacaan sebenar tok dalang sebelum melakukan persembahan wayang kulit.
“Dialog saya melibatkan beberapa mantera wayang kulit tetapi rasa seram dan takut nak baca di rumah.
“Ada sekali tu, saya cuba praktis di rumah, Mona bertanya tentang mantera tersebut dan melarang membacanya sebab takut.
“Jadi, saya ‘rehearsal’ bacaan mantera tersebut di studio sahaja. Itu mantera betul dan ayat-ayatnya memang memuja-muja,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Jelasnya mantera dalam bahasa sanskrit menjadi cabaran utama malah pelbagai cara dilakukan untuk menghafal termasuklah merakam suara sendiri.
“Sepanjang tempoh penggambaran, memang tiada pengalaman mistik sangat tetapi apabila melibatkan mantera, bulu roma akan meremang.
“Nak hafal mantera itu memang susah sebab mereka guna bahasa sanskrit. Selalunya saya hafal dengan rekod suara sendiri, kemudian dengar semula dalam kereta sambil memandu.
“Ibarat macam hafal lagu. Ambil masa seminggu juga nak hafal satu muka surat.
“Saya akan hafal dulu dan cari ‘feel’ itu. Kalau nak cari makna memang sukar nak faham, jadi hafal sahajalah,” tambahnya.
Baca juga: “Kambing kena kerja juga” – Aliff Syukri minta haiwan peliharaan ‘review’ jeruk mangga