Hari ini tuar satu video rakaman cctv yang menunjukkan seorang doktor lelaki mencabul wanita hamil semasa proses pemeriksaan kandungan bayi.
Dalam video tersebut, kelihatan perempuan hamil terbaring di atas katil sambil diperiksa oleh doktor lelaki tersebut. Semasa dalam proses pemeriksaan kandungan, kelihatan tangan doktor berkenaan cuba untuk menyentuh bahagian payudara wanita terbabit.
Wanita itu kelihatan tidak senang dengan perbuatan doktor lelaki tersebut lalu cuba untuk menahan perbuatannya dengan menggunakan tangan.
Kejadian ini dipercayai berlaku di klinik di Desa Keresek, Kecamatan Cibatu, Kabupaten Garut, Jawa Barat (Jabar) dan dilakukan oleh doktor pakar sakit puan dikenali sebagai MFS.
Memetik dari sinarharian, jurucakap polis, Joko Prihatin berkata, mereka belum menerima sebarang aduan daripada mana-mana mangsa dan siasatan lanjut berdasarkan maklumat yang tersebar di media sosial sedang dilakukan.
“Proses itu mengambil masa melainkan jika ada mangsa yang tampil kepada pihak berkuasa. Insiden itu dipercayai berlaku di dua klinik di wilayah kota pada tahun lalu,” ujarnya.
Ruangan komen sarat dengan kecaman ke atas doktor berkenaan malah ada yang mengaku pernah menjadi mangsanya, namun tidak berani membuka mulut.
Salah seorang daripadanya dikenali sebagai Putri.
“Kejadian itu berlaku pada 2023, namun tiada bukti untuk mendakwanya. Alhamdulillah Ya ALLAH, akhirnya ada yang berani bersuara,” ujarnya
baca: Lelaki tarik wanita masuk dalam semak, cabul kehormatan ketika joging direman 4 hari