Kerajaan tutup bangunan Menara Kuala Lumpur buat sementara waktu

Oleh MALAYSIADATELINE

Kerajaan memutuskan untuk menutup bangunan Menara Kuala Lumpur buat sementara
waktu bagi membolehkan pihak pengurusan baharu membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan.

Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataannya berkata, tarikh pembukaan semula Menara Kuala Lumpur akan dimaklumkan melalui pelbagai saluran media selepas ini.

Dalam kenyataan itu, Kementerian Komunikasi menegaskan, Menara Kuala Lumpur ialah milik kerajaan.

Bermula 1 April 2025, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur telah diambil alih oleh syarikat LSH Service Master Sdn. Bhd. (LSHSM).

Oleh itu, kata kenyataan itu, pendudukan syarikat Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd. (MKLSB) di atas tapak Menara Kuala Lumpur selepas 31 Mac 2025 adalah tidak sah.

“Sehubungan dengan itu, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak MKLSB melalui surat bertarikh 3 April 2025 dan 9 April 2025.

“Oleh itu, sebarang pengoperasian dan urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB hingga
kini adalah tanpa kebenaran kerajaan.

“Demi keselamatan dan keselesaan pengunjung serta bagi memberi ruang kepada pengurusan baharu untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan,” kata kenyataan itu.

Bermula 1 April 2025, pengoperasian, pengurusan dan penyelenggaraan Menara Kuala Lumpur telah diambil alih oleh syarikat LSHSM.

Namun, syarikat lama yang telah ditamatkan konsesinya masih menduduki bangunan itu.

Oleh itu, pendudukan syarikat MKLSB di atas tapak Menara Kuala Lumpur selepas 31 Mac 2025 adalah tidak sah dan boleh dianggap sama seperti menceroboh.

Manurut satu kenyataan, Pesuruhjaya Tanah Persekutuan telah mengemukakan dua notis pengosongan kepada pihak MKLSB melalui surat bertarikh 3 April 2025 dan 9 April 2025.

Ini bermaksud, pengoperasian dan urus niaga yang masih dijalankan oleh MKLSB hingga
kini adalah tanpa kebenaran kerajaan dan tidak sah.