Sejak tersingkap konflik keluarga membabitkan anak kepada pelakon Abby Abadi, suami Abby tidak pernah dilihat mencampuri sebarang urusan isterinya dan anak tirinya.
Namun mungkin ada perasaan yang sudah lama terpendam, suami Abby Muhammad Faizal Zakaria meluahkan rasa kecewa terhadap menantunya, Aslam.
Dalam satu perkongsian di Thread, Muhammad Faizal berkata dia sudah lama berdiam dengan apa yang dilakukan oleh Aslam.
Dia mengatakan pernah menampar Aslam sejak lelaki itu kantoi menjalin cinta dengan anak tirinya Marissa Dania.
Kata Muhammad Faizal, sejak itu Aslam tidak pernah mengeluarkan kata maaf atau datang berdepan mengaku kesilapannya.
“Aslam oh Aslam. Selama ni aku diam je pasal apa kau buat, dari awal kes kantoi aku dah lempang kau siap bagi amaran lagi. Sampai lah kejadian tu.
“Sejak kes tu tak pernah ada perkataan minta maaf pun, tak pernah datang berdepan mengaku apa kau buat. Yang kau tahu buat macho seolah-olah tak ada kesalahan,” katanya.
Tambahnya lagi, Aslam adalah seorang lelaki yang tidak bertanggungjawab.
“Kau de tanggungjawab pun, kau ingat setiap apa yang berlaku tu boleh hilang macam tu je ke. Sorry ya tak pernah hilang dalam fikiran aku,” katanya lagi.
Sebelum ini, Aslam tampil membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Abby menerusi hantaran di Thread.
Kata Aslam, 26, dia pernah membuat permohonan maaf secara peribadi kepada Abby namun dia memahami ibu mentuanya itu mahu dia melakukannya secara terbuka.
Abby dalam satu kenyataan pula menuntut Aslam memperincikan kesalahan yang pernah dibuat sebelum ini.
Baca juga: Syed Saddiq bawa rakan masuk dapur, buktikan Bella Astillah masak untuk rumah terbuka