Tak salah nak berkahwin dengan warga asing dan memberi mereka peluang untuk berniaga dengan permit yang sah.
Namun dilihat banyak warga asing yang mengambil kesempatan lepas berkahwin dengan warga tempatan.
Memetik Kosmo! Online, kegiatan peniaga warga asing yang menjalankan perniagaan runcit dan restoran terbongkar dalam operasi bersepadu di sekitar Brickfields.
Peniaga tersebut didakwa menggajikan tiga warga asing tanpa permit sah untuk perniagaan yang dijalankan selepas berkahwin dengan wanita tempatan.
Lebih mengejutkan peniaga yang memperoleh kira-kira RM55,000 sebulan itu cuba memperdaya pihak berkuasa dengan menyatakan pekerja asing diupah hanya membantu secara sementara.
“Mereka tolong sahaja, bukan kerja tetap. Saya bayar mereka sebanyak RM45 hingga RM70 sehari,” katanyapeniaga tersebut seperti dipetik Kosmo! Online.
Dalam pada itu, itu, Pengarah Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff memaklumkan lelaki berusia 47 tahun antara 17 ditahan.
Penahanan tersebut adalah susulan pemeriksaan membabitkan empat premis perniagaan.
“Individu ditahan terdiri daripada 13 lelaki Bangladesh dan dua lelaki Pakistan termasuk seorang majikan warga asing dan dua majikan tempatan yang merupakan pasangan suami isteri.
“Tindakan ke atas pekerja, majikan dan pelanggan itu membabitkan kesalahan tiada dokumen pengenalan diri yang sah, tinggal lebih masa, menyalahgunakan syarat pas sah serta melindungi pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.