Beli barang ‘online’, remaja lelaki kantoi menyamar jadi penolong pegawai perubatan

Oleh MALAYSIADATELINE

Ini bukanlah kali pertama remaja kantoi menyamar sebagai pegawai perubatan, malah tahun lepas juga pernah terjadi kes sama.

Tahun 2024, seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan kerana menyamar sebagai pegawai perubatan

Kini tular pula video remaja lelaki yang lengkap berpakaian seperti penolong pegawai perubatan di sebuah hospital di utara.

Bagaimanapun remaja tersbeut sempat ‘dicekup’ oleh kakitangan hospital yang mula menyoal siasatnya.

Terlihat dalam video dikongsi pengguna TikTok awe_donde90, remaja tersebut lengkap memakai uniform berwarna hijau seperti petugas kesihatan.

Dia dilihat duduk dihadapan seorang lelaki yang dipercayai petugas hospital bagi menerangkan perbuatannya.

Jelas pengguna TikTok itu, remaja tersebut mempunyai peralatan seperti stethoscope yang dibeli dari platform beli beli belas dalam talian.

Tidak hanya itu, dia juga mempunyai cop nama yang lengkap berserta nama jawatan.

Usai ‘ditahan’, remaja tersebut memaklumkan bahawa dia menyamar kerana ingin membantu memberi rawatan kepada pesakit.

Baca juga: Rebecca Nur Islam gelar isteri Aliff Syukri “kaya tapi bodoh”