Jika dilihat sekarang harga santan melebihi RM20, bukan sahaja pihak katering terkesan malah peniaga laksa dan laksam juga terpaksa menghentikan penjualan.
Dapat dilihak sejak bulan ramadan lagi, harga santan naik perlahan-lahan hingga kini menyebabkan ramai meluahkan rasa terkesan akan hal tersebut.
Menurut Berita Harian, seorang peniaga laksam dan laksa lemak, Miswati Yah terpaksa menghentikan jualan kerana ketiadaan santan dan harganya yang semakin mahal.
Peniaga berusia 40 tahun itu memaklumkan sejak awal Syawal lagi dia terpaksa membeli kelapa dan memprosesnya sendiri untuk mendapatkan santan.
“Harga kelapa parut pun sudah mencecah hingga RM18 sekilogram namun oleh kerana tiada pilihan untuk menyiapkan tempahan pelanggan saya terpaksa membelinya.
“Saya menjual laksam dan laksa lemak dengan harga RM 3.30 sebungkus ketika harga santan antara RM17 hingga RM18 sekilogram.
“Sekarang sudah mencecah RM20 sekilogram, kalau ingin teruskan perlu naikkan harga,” katanya seperti dipetik Berita Harian.
Meskipun ada alternatif seperi santan kotak, namun Miswati enggan menggunakan ia kerana makanan jadi tidak tahan lama dan cepat basi.
Dalam pada itu, menurut Harian Metro, peniaga makanan, Sharifah Ibrahim terpaksa memaklumkan pelanggan mengenai harga makanan sebelum menerima tempahan.
Jelasnya hara jualan meningkat tahun ini dek kerana harga santan dan kelapa yang mahal serta terpaksa menampung kos bahan mentah lain.
“Bila tiada santan, saya terpaksa membeli kelapa dengan harga RM5 sebiji untuk menyiapkan tempahan pelanggan.
“Sekarang setiap kali menerima tempahan saya akan maklumkan kepada pelanggan harga makanan yang ditempah mereka.
“Bagi pelanggan lama mereka tidak kisah harga sedikit meningkat kerana sudah biasa dengan masakan saya,” katanya seperti dipetik Harian Metro.