Bonda Rozita jawab isu beri RM1.5 Juta kepada Rebecca Islam

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pengasas kosmetik, Rozita Ibrahim hari ini menjelaskan mengenai isu duit pinjaman RM1.5 Juta yang dibuat oleh pelakon Rebecca Islam yang tular di media sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Menurutnya, tiada wang pinjaman yang dibuat oleh pelakon itu seperti tular diperkatakan oleh netizen di media sosial.

Tambahnya lagi, beliau tidak pernah mempunyai hubungan perniagaan dengan keluarga suami barunya sekarang sebelum dan selepas berkahwin.

Beliau berkata sedemikian di media sosial miliknya yang menjelaskan dengan ringkas dan padat. Rozita turut menulis tidak terlepas dengan ujian masalah keluarga yang dihadapinya sekarang dan berharap dapat keredaan dari Allah.

Sebelum ini timbul spekulasi di media sosial mengenai pelakon Rebecca Islam yang meminjam duit RM1.5 Juta milik pengasas Kosmetik Sendayu Tinggi itu.

Perkara ini menjadi lebih hangat apabila berlaku perang mulut di antara Rebecca dan menantu Rozita iaitu, Datin Shahida yang juga isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri.

Rebecca mendakwa Shahida orang kaya tapi bodoh seperti di muat naik dalam instagramnya. Namun video itu sudah pun dipadamkan selepas mendapat nasihat dari abangnya yang juga suami kepada Rozita.

baca: Alif Teega dakwa tak tahu Aisyah Hijanah failkan penceraian, netizen kena ‘game’?