Biasa dengar orang gaji RM5,000, tapi pandu kereta yang installment RM1,300 hingga RM1,500? Biasa dengar, ‘kan? Gaji baru RM4,000 dah berani beli kereta RM1,000 sebulan pun biasa dengar, ‘kan?
Biasalah darah muda. Darah muda akan cari kereta yang downpayment paling rendah, pinjaman yang paling panjang. Janji kereta best, harga diri seakan meningkat sama.
Dalam fikiran graduan yang baru dapat kerja cepat saja ternampak kereta-kereta seperti Honda Civic, Elantra, Forte, Cerato, Golf, Accord, Sonata, Jetta dan lain-lain kereta yang nampak ada ‘standard’ supaya imej bertambah di mata orang sekeliling.
Tetapi apa yang ramai tak nampak bahawa RM1,500 instalment itu tak habis di situ saja. Angka yang sebenar dia akan spent setiap bulan ialah lebih RM2,000 sebulan. Maksudnya, separuh daripada gaji dia jadi habuan untuk kereta, aksesori kereta dan segala pakej lain yang datang dengan kereta itu.
Instalment memanglah RM1,300 tapi petrol? Katalah petrol RM400 sebulan (melainkan dia pakai kereta hebat tapi kereta lebih banyak tersadai di parking kereta, jarang-jarang memandu tak cukup duit untuk petrol.
Kereta mahal dah tentu minyak enjin pakai sintetik sepenuhnya, brand elok. Takkan nak pakai minyak enjin yang murah? Sayanglah enjin kereta tu.
Ada yang beli kereta cuma tekan kalkulator untuk kira installment, terlupa nak masukkan spending on insurance dan road tax.
Lupa nak kira kos insurans untuk kereta berharga RM90,000 hingga RM150,000? Tak tahu menahu kos road tax untuk kereta 2.0 liter. Ada yang lupa nak masukkan semua itu dalam kira-kira.
Kesudahannya, tertunggu-tunggu bonus untuk selesaikan semua hutang. Kad kredit swipe dulu. Bila tak dapat bonus, dia paling kuat mengata majikan dan kerajaan. Payment kad kredit postpone lagi.
Kereta hebat takkan nak pakai tayar murah, ‘kan? Kereta enjin laju ni bahaya pakai tayar brand murah.
Gamak ke nak pakai brand tayar yang teksi pakai? Jatuhlah standard atau takkan memandu Camry tapi pakai tayar second hand? Malulah kat budak-budak kedai tayar.
Kereta-kereta hebat ni biasanya tayar rim 17 or 18. Satu tayar saja dah RM350 hingga RM400 ikut jenama.
Jadi, banyaklah ‘kebocoran’ sana-sini angkara kereta nak hebat dan nak maintain pakej yang datang bersamanya.
Kebocoran tanpa sedar kerana bila kereta hebat, takkan gamak bagi duit raya tiga ringgit letak dalam sampul ye tak? Malulah kaum kereta mewah. Malulah kat kawan yang pakai kereta Perodua bagi duit raya sama macam yang memandu Civic/Accord.
Jadi, bila dah berkereta ‘hebat’ ni, secara automatik macam-macam lagi tekanan sekeliling yang meminta supaya keluar duit lebih untuk sustain gaya, mutu dan keunggulan.
Kereta mahal kena hantar car wash selalu. Kereta dah lah mahal takkan nak biar comot. Kena hantar polish kasi kilat. Service kereta mesti kat designated service centre kereta tu. Mana boleh service kedai sebarangan. Jadi, bayaran pun mestilah mahal sedikit daripada kedai biasa.
Apabila keluar dengan kawan atau ipar duai takkan yang pakai Proton nak kena belanja makan ye tak? Malulah sikit. Maka banyaklah perkara yang menyebabkan kekayaan ‘bocor’ angkara kereta lantaran nak jaga gaya, mutu dan keunggulan.
Ramai orang suka kereta sebab utamanya ialah keperluan untuk bawa dari titik A ke titik B. Sebab-sebab yang lain ialah kereta represent tahap ekonomi seseorang, imej dan hobi.
Baca juga: “Suami aku ni gaji RM3k tapi hidup macam T20, hutang aku tak bayar, berangan nak kahwin 2”