Seorang ibu berkongsi kisah bagaimana duit simpanan anak-anaknya di dalam akaun Tabung Haji hilang begitu sahaja angkara perbuatan scammer.
Menurut Amirah Che Jaafa, dia menyedari duit simpanan di dalam akaun anaknya semakin berkurang sebelum dia ke Tabung Haji untuk berurusan dengan kakitangan di sana.
Selepas penyata dikeluarkan, sah memang terdapat pengeluaran sejumlah wang atas nama individu-individu yang tidak dikenali.
Kami kongsikan kisah penuhnya seperti di bawah.
Sedikit perkongsian mengenai akaun simpanan Tabung Haji anak. Khamis minggu lepas saya berkesempatan pergi simpan duit raya di Tabung Haji.
Masa kat kaunter tu, saya terus tanya dengan pekerja Tabung Haji “kenapa akaun anak saya tak selari dengan yang saya semak dlm Tjari? Saya tengok ada RM1000 lebih je. Macam tak logik sebab saya buka akaun dulu pun dah RM2,000…”
Pekerja tu cakap “mungkin puan ada buat pengeluaran”.
Aku dah cuak “uiisshhh tak mungkinlah. Saya ni terdesak macam mana pun takkan guna simpanan anak. Lagi-lagi Tabung Haji ni nak buat pengeluaran kena ke kaunter, saya tak pernah buat tu”.
Pekerja tu cakap “ok, saya cuba bantu puan ye. Kita keluarkan penyata anak, anak atas nama puan kan”
Aku cakap “ye semua nama saya”.
Penyata dikeluarkan, kemudian pekerja tu cakap “puan, bulan 3 2024 puan ada buat pengeluaran sebanyak RM3000 atas nama zhfira dan RM1400 atas nama Zulaikha”.
Aku kaku berdiri dekat kaunter tu, terkejut. Dalam kepala “banyaknya nak kena ganti”.
Pekerja tu minta kebenaran untuk keluarkan penyata. Aku izinkan.
Pekerja tu cakap ” tapi puan tahun lepas 2024, kita banyak terima aduan akaun anak kena scam dan duit tu selamat sebab tersekat di akaun penjaga”.
Aku masih blur dan kaku dekat kaunter tu sementara dia tengah periksakan akaun aku penjaga.
Pekerja tu cakap “puan, duit anak-anak selamat. Jumlah ni tersekat dalam akaun puan”
Aku rasa macam nak pitam wehhhh, Allahuakbar. Dahsyatnya scammer sekarang ni. Tak ada tempat selamat dah nak simpan duit pun.
Pekerja tu tanya “Macam mana puan, puan nak pindah balik ke”.
Aku terus minta pekerja tu buat pindahan semula ke akaun anak-anak.
Yang mana ada buat simpanan tabung haji anak tu minta tolong berwaspada ya.
Umi hanya pemegang amanah uruskan akaun anak, dah besar nanti pandai-pandailah berdikari dan jaga ye anak.
Baca juga:Bonda Rozita jawab isu beri RM1.5 Juta kepada Rebecca Islam