Satu pesawat panik, siling kabin runtuh di ketinggian 9,100 meter

Oleh ROSLAN ZAMAN

Sekumpulan penumpang di dalam pesawat hari ini menjadi hero apabila berjaya menahan siling pesawat yang hampir runtuh semasa penerbangan di ketinggian 9,100 meter di udara.

Penumpang Delta Air Lines itu berdepan dengan detik cemas apabila secara tiba-tiba sahaja siling kabin pesawat dari Amerika Syarikat itu runtuh. 

Video yang tular di media sosial itu mendapat reaksi yang pelbagai dari pengguna yang bimbang dengan keselamatan pesawat.

Perjalanan pesawat dari Alanta ke Chicago itu menjadi detik paling cemas pada netizen yang melihat sendiri kejadian itu.

Menurut laporan New York Post, pesawat itu sedang berada pada ketinggian kira-kira 9,100 meter di udara sewaktu siling itu tercabut dan memaksa sekumpulan lelaki memegang panel tersebut.

Selepas sahaja kejadian siling kabin runtuh itu berlaku, kru penerbangan kemudiannya menggunakan pita pelekat pada bahagian tersebut bagi melekatkannya buat sementara waktu.

Jurucakap Delta Air Lines turut mengucapkan terima kasih atas kerjasama mereka dan menawarkan pampasan berjumlah AS$100 (RM438) selepas penumpang terpaksa menunggu selama beberapa jam untuk menaiki pesawat ganti ke destinasi.

baca: Bangkai pesawat ini rupanya adalah sebuah restoran