Jika benar diri sudah berjaya menjadi seorang ahli perniagaan, mustahil sehingga sekarang tiada kedai fizikal diwujudkan untuk melayan pelanggan.
Sebaliknya mereka yang membeli pizza ‘premium’ hanya mengambil makanan mereka di tepi jalan sahaja dan harganya juga bukanlah murah.
Tampil di Thread, seorang pengguna meminta orang ramai untuk membuat aduan terhadap perniagaan seorang pempengaruh yang terkenal dengan penjualan pizza wagyu.
Pengguna tersebut memuat naik tangkap layar komen penduduk Taman Melawati yang terkesan akibat penjualan pizza itu.
“Saya mohon jasa baik komuniti Taman Melawati untuk pantau Jalan Melawati 7 setiap hari minggu. Saya faham orang nak berniaga tapi ikutlah undang-undang.
“Janganlah menyusahkan pengguna jalan raya yang lain dengan membenarkan pembeli letak kereta di bahu atau di tengah jalan raya.
“Tolong bertimbang rasa, yang membeli pun letak kereta ikut undang-undang,” aduan yang dibuat di Facebook Komuniti Penduduk Taman Melawati.
Di bawah adalah komen yang dimuat naik pengguna Thread menerusi tangkap layar dikongsikan.


Baca juga: Demi miliki kereta hebat sanggup ‘skip’ bagi duit pada orang tua