Anak kepada Perdana Menteri Malaysia, Nurul Izzah Anwar hari ini tersenarai dalam 30 individu paling berpengaruh dalam dunia dalam Project Syndicate Forward Thinkers List.
Perkara itu dimuatnaik sendiri oleh organisasi media global bukan berasaskan keuntungan yang berpangkalan di luar negara terbabit menerusi laman rasmi mereka.
Menurutnya, senarai tersebut bagi mengiktiraf tokoh intelektual yang menyerlah dalam bidang akademik, penggubalan dasar, masyarakat sivil dan sektor swasta.
Dalam pemaklumannya, Project Syndicate berkata senarai tersebut diwujudkan bagi mengiktiraf tokoh intelektual yang menyerlah dalam bidang akademik, penggubalan dasar, masyarakat sivil dan sektor swasta.
“Individu yang tersenarai terlibat dalam pelbagai isu penting termasuk perubahan iklim, geopolitik, demokrasi liberal serta masa depan kapitalisme.
“Mereka merupakan pemimpin dalam bidang masing-masing dan diyakini mampu memberi sumbangan besar terhadap wacana awam di peringkat negara dan global pada masa akan datang,” katanya.
baca: saman fitnah nurul izzah