Entah mengapa masih ada memandang sinis dengan gelaran ibu tunggal sedangkan tidak ada wanita yang berkahwin mengimpikan penceraian.
Pernah bercinta seketika dengan ibu anak dua, Bella Astillah, pelakon baru, Muaz Zabir kecewa dengan tindakan segelintir pihak yang melibatkan keluarganya usai perpisahan mereka.
Menurut Kosmo! Online, Muaz menafikan bahawa ibunya tidak ada masalah dengan Bella sepanjang perkenalan mereka dan berharap agar keluarganya tidak dikaitkan dalam hal ini.
“Berhenti kata ibu saya tidak suka Bella, sedangkan Bella pun okey sahaja dengan ibu saya. Bella pernah jumpa dan makan bersama dengan ibu saya, tiada sebarang masalah pun.
“Sebelum ini kami berkawan, tidak ada istilah ibu saya tak suka Bella. Tolonglah berhenti berhenti kata mak saya halau Bella atau ada video pergaduhan kerana semua itu tidak wujud
“Apa sahaja kesalahan saya dalam dunia ini tolong jangan babitkan keluarga. Apa yang terjadi antara saya dengan Bella tidak ada kena mengena dengan keluarga,” kata Muaz seperti dipetik Kosmo! Online.
Pada masa sama, Muaz memaklumkan hubungan dengan Bella masih baik malah dia juga sempat menghadiri majlis jamuan raya di rumah Bella dan keluarganya.
Bagaimanapun pelakon berusia 28 tahun itu berharap netizen berhenti membandingkan dirinya dengan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
“Lelaki tidak suka dibandingkan, saya sendiri tidak mahu dibandingkan. Muaz datang beraya ke rumahnya bukan untuk dibandingkan atau tunjuk saya baik dan rapat dengan keluarga serta anak Bella.
“Tidak ada niat saya untuk memecah-belah Bella dan Syed Saddiq. Saya sendiri sokong kalau itu (Syed Saddiq) adalah yang terbaik untuk Bella.
“Saya tidak adalah masalah dengan Bella mahupun dengan Syed Saddiq.
“Jadi, tolonglah netizen jangan rumitkan atau keruhkan keadaan yang boleh menyebabkan salah satu pihak terasa dengan benda yang tidak sepatutnya,” tambahnya.
Baca juga: Isteri dakwa Edika Yusof sudah banyak kali lafaz talak, anak akui cerai jalan terbaik