Pernah dibuli di sekolah sebab miskin, individu buktikan diri mampu jadi wanita terkaya atas usaha sendiri

Oleh MALAYSIADATELINE

Kemiskinan bukanlah satu penghalang untuk berjaya, dengan usaha yang kuat maka boleh ubah nasib sendiri.

Menewaskan penyanyi dan pencipta lagu terkenal Taylor Swift, Lucy Guo kini menjadi wanita terkaya yang berjaya sendiri termuda di dunia atas usaha sendiri.

Menurut laman portal VnExpress, wanita berusia 30 tahun itu kini mengumpul kekayaan bernilai US$1.25 (Lebih RM5.4 bilion) bilion sebagai pengasas bersama syarikat Kecerdasan Buatan (AI).

Swift, 35, sebelum ini kekal memegang gelaran tersebut sejak dia diisytiharkan sebagai bilionair pada akhir tahun 2023.

Dia dan Guo adalah dua daripada hanya enam bilionair wanita yang berjaya atas usaha sendiri di seluruh dunia yang berumur di bawah 40 tahun lapor Forbes.

Walaupun Guo telah membina kerjayanya di sekitar syarikat permulaan teknologi, daya tarik awalnya kepada industri tersebut adalah bersifat praktikal.

Dibesarkan dalam kehidupan yang mementingkan penjimatan oleh ibu bapa imigran Cina yang merupakan jurutera elektrik tetapi kehilangan pekerjaan mereka.

Guo pada mulanya hanya melihat teknologi sebagai jalan pintas ke untuk menjadi kaya.

“Saya dibuli di sekolah kerana miskin. Jadi saya fikir, baiklah, saya perlu buat duit.” kata Guo kepada Business Insider.

Guo menubuhkan Scale AI pada 2016 ketika berusia 21 tahun bersama Alexandr Wang yang ketika itu baru berusia 19 tahun.

Namun selepas berselisihan faham dan dipecat Wang, Guo mengekalkan sebahagian besar sahamnya dalam Scale Ai untuk memulakan perniagaan baru.

Kini Forbes menganggarkan beliau masih memiliki kira-kira lima peratus pegangan dalam Scale AI yang kini bernilai hampir AS$1.2 billion (RM5.25 billion).

“Saya tidak terlalu memikirkannya, memang agak gila. Sayangnya semua hanya atas kertas,” kata Guo kepada Forbes.

Baca juga: Tak sampai 7 hari, O’Reilly serang lagi Malaysia