Selalunya kita dengar sisi daripada mereka yang dicurangi, betapa sakitnya ditipu pasangan hingga akhirnya diri terpaksa mengalah demi kebahagiaan orang lain.
Kali ini adalah luahan seorang suami curang, menyesali perbuatannya yang telah menghancurkan kepercayaan si isteri.
Lelaki tersebut meluahkan bagaimana dirinya kembali bersama cinta pertama selepas termakan pujuk rayu hingga abaikan perkahwinan mereka.
Di bawah adalah luahan tersebut.
Aku lelaki berumur 29 tahun, sudah berkahwin dengan isteri baru tiga tahun, aku nikahi dia selepas dua tahun berkawan.
Lepas kahwin aku suruh dia berhenti sebab aku mampu tanggung, aku doktor kerja dekat hospital milik keluarga.
Isteri bukanlah cinta pertama aku tapi aku bersumpah akan cintakan dia sampai habis hayat aku, aku nak dia jadi yang terakhir.
Cinta pertama aku tinggalkan aku tanpa sebarang khabar, tapi lepas sembilan bulan aku berkahwin bekas kekasih datang balik.
Konon nak minta maaf, pada mulanya aku tak melayan dia balas sepatah-sepatah namun akhirnya aku termakan godaan.
Isteri aku tak tahu aku berhubung balik dengan bekas kekasih memandangkan aku memang 24 jam sibuk, mula-mula aku mesej bagitahu balik lambat tapi lama-lama aku buat bodoh dengan isteri.
Tidur rumah bekas kekasih
Sebenarnya aku tak balik sebab aku tidur rumah skandal (bekas kekasih). Isteri kerap mesej tapi bila aku tak layan dia anggap aku sibuk dan maafkan aku.
Tak pernah sekali pun isteri persoal kenappa aku tak balik rumah, dia memang percaya aku sepenuhnya, kadang-kadang dua minggu aku tak balik.
Pernah masa hari lahir isteri aku tak balik sebab sibuk bercuti dengan skandal, dia tak pernah pertikai langsung.
Mula rasa bersalah
Lepas lapan bulan aku buat kerja terkutuk tu, aku mula rasa bersalah sangat dengan isteri sampailah satu malam aku balik kerja nampak isteri tidur kat ruang tamu.
Jadi seminggu lepas tu aku terus putus dengan skandal dan berterus terang segalanya dengan isteri.
Dia diam sahaja waktu aku cerita semua perbuatan terkutuk aku, hanya air mata mengalir di pipi. Aku yang melutut menangis depan dia minta ampun atas perbuatan aku.
Isteri tanya adakah dia tak cukup sempurna tapi dia tetap maafkan aku walaupun aku rasa macam tak layak dimaafkan.
Sejak hari tu, setiap malam aku dengar isteri aku menangis sampai tertidur, dia tolak untuk berkomunikasi dengan aku dan aku hormat keputusan dia.
Bekas kekasih hubungi isteri
Dua minggu lepas tu, bekas kekasih hubungi isteri, dia siap kongsi video kami bersama, tangkap layar perbualan aku yang kutuk isteri sendiri.
Bila aku balik kerja, dia dah kuncikan diri dalam bilik lain, aku ketuk pintu minta dia cakap dengan aku tapi dia tolak.
Dua bulan kami tak bercakap, aku tak tahu bekas kekasih aku mesej apa. Sekarang dia keluar bilik tapi mulutnya masih terkunci.
Isteri dah tak menangis dan dia ada jawab sepatah dua, aku tahu dia dah menyerah kalah tapi sampai sekarang dia masih tak minta cerai.
Aku pula memang tak nak cerai, aku tahu perbuatan aku sukar dimaafkan tapi aku tak sanggup nak lepaskan dia.
Aku tak tahu apa nak buat tanpa dia, aku dah melutut minta maaf tapi masih sama. Kepada yang curang, sedarlah sebelum terlambat.
Pesanan aku kalau rasa bukan senang nak setia, jangan berkahwin. Nak minta maaf sebab curang lepas kahwin adalah satu perkara paling sukar dilakukan.
Baca juga: Patutlah petrol kereta cepat habis, asyik buat benda ini sahaja