Pempengaruh popular, Ameera Khan kembali menjadi sorotan ramai baru-baru ini selepas menjawab satu soalan ‘panas’ daripada pengguna platform media sosial tentang teman lelakinya.
Individu terbabit bertanya soalan berunsur peribadi yang agak melampaui batas iaitu sama ada ada Ameera pernah tidur bersama kekasihnya iaitu pelakon sensasi Indonesia, Jefri Nichol.
Ameera menerusi satu hantaran di Instagram Story tidak mengiyakan atau menidakkan soalan tersebut sebaliknya mengakui sering ‘sleep-call’ dengan menghubungi Jefri selama berjam-jam sebelum tidur.
Gadis berusia 25 tahun yang juga adik kepada usahawan selebriti iaitu Neelofa itu turut sempat menasihati individu berkenaan untuk tidak bertanyakan soalan kurang cerdik memandangkan umurnya sudah tidak lagi muda.
“Setiap malam ‘sleep-call’. Tak tidur pun memang selalu telefon, tidak pernah putus (panggilan telefon) kak. Kakak sudah tua. Janganlah tanya soalan macam budak-budak yang tiada otak, okey,” jawabnya.
Dalam perkongsian seterusnya, pemilik nama sebenar Nur Ameera Abdul Halim Khan itu juga sempat mengulas mengenai sikap dan perlakuan Jefri terhadapnya hingga lelaki terbabit dilihat sempurna di matanya.
Tidak hanya membuatkan dirinya tenang, pelakon berusia 26 tahun itu juga memberikan layanan yang baik dengan bercakap lembut selain sabar dan membuatkan Ameera merasa selamat ketika berada di sampingnya.
“Pada saya, (Jefri) sempurna. Dia layan saya dengan baik dan bercakap dengan lembut. Membiarkan saya menjadi diri sendiri, buat diri ini rasa selamat dan terjamin selain mengutamakan saya lebih daripada apa-apa pun.
“Dia juga berusaha bersungguh-sungguh, sangat sabar dan memahami. Tindakannya juga besar, bukan sekadar banyak berkata-kata dan itu adalah sesuatu perkara yang saya hargai.
“Malah dia juga penyayang dan berbangga dengan saya. Menyokong semua yang saya lakukan. Pertahankan dan melindungi saya. Buat saya ketawa dan tenang serta tunjuk bahawa dia perlukan saya, Alhamdulillah,” katanya.
Terdahulu, Ameera mencetuskan rasa kurang senang dari orang ramai susulan berkongsi gambar mesra bersama Jefri ketika pelakon terbabit berkunjung ke Kuala Lumpur pada minggu lalu.
Sekadar info, hubungan Ameera dengan Jefri Nichol tidak direstui oleh netizen memandangkan pelakon berkenaan pernah membuat pengakuan sudah meniduri lebih daripada 20 wanita.
Baca juga: Nak Honda RM163k tapi gaji RM1.7k, budak Gen Z sekarang makin mengarut?