Pelik hutang negara makin bertambah, ramai tak faham beza hutang terkumpul dengan hutang bersih

Oleh KIM SYAZIE

Ramai sebenarnya yang masih keliru antara hutang terkumpul dan hutang bersih sehingga ada yang mempersoal mengapa hutang negara meningkat saban tahun.

Mengikut perkongsian Islah, hutang terkumpul ialah jumlah hutang negara dari dulu hingga kini, manakala hutang bersih ialah hutang yang dibuat oleh kerajaan semasa.

Kerajaan yang baik bukan sekadar menambah hutang, tetapi juga berusaha mengurangkan defisit supaya kewangan negara lebih stabil.

Menurut infografik yang dikongsikan, hutang negara setakat Februari 2025 berjumlah RM1.24 trilion – di mana hutang ini terkumpul dari zaman kerajaan sebelum ini.

Namun kerajaan MADANI berjaya mengurangkan hutang bersih negara dari RM100 bilion pada tahun 2021 dan 2022, ke RM93 bilion pada 2023 dan turun lagi kepada RM77 bilion untuk tahun 2024.

Ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus menerus mengurangkan beban negara supaya tidak ditanggung oleh generasi masa depan.

Mengambil contoh Jerman, negara itu pernah mengalami defisit tinggi selepas krisis kewangan global, tetapi dengan pengurusan fiskal yang ketat, mereka berjaya mencapai lebihan bajet dan mengurangkan hutang negara secara berperingkat.

Selain itu, hutang yang dibuat seharusnya digunakan untuk perkara yang memberi manfaat kepada rakyat.

Sebab itu, kerajaan sekarang lebih banyak memperuntukkan bajet kepada pembangunan, supaya hasilnya dapat dirasai dalam bentuk infrastruktur, peluang pekerjaan, dan ekonomi yang lebih kukuh.

Korea Selatan misalnya, banyak melabur dalam pembangunan teknologi dan infrastruktur melalui hutang yang terkawal, yang akhirnya membantu mereka menjadi antara ekonomi paling maju di Asia.

Yang penting, setiap sen yang dipinjam perlu memberi pulangan yang nyata kepada rakyat dan negara.

Baca juga: “Lepas isteri koma baru aku sedar penatnya jadi suri rumah, nak buat susu pun aku tak reti…”