Lelaki kantoi rakam bawah kain remaja 16 tahun

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pihak polis semalam berjaya menahan seorang suspek lelaki yang didakwa merakam bawah kain seorang remaja perempuan di pasaraya di bandar Kajang.

Perbuatan jijik itu disaksikan sendiri oleh orang awam yang berdekatan. Mangsa remaja perempuan yang berumur 16 tahun ketika itu tidak menyedari perbuatan duda anak 3 itu.

Memetik dari laporan Harian metro, kejadian tidak senonoh itu terjadi ketika mangsa dan ibunya sedang membuat pembayaran di kaunter.

Selepas ditegur oleh seorang lelaki berdekatan yang melihat sendiri kejadian itu, suspek menafikan dan terus melarikan diri.

Sebaik sahaja menyedari perkara itu, ibu mangsa telah membuat laporan polis berkenaan hal ini.

Kemudian, pihak polis berjaya menahan suspek berusia 48 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan pada jam 12.15 tengah malam tadi.

Turut dirampas adalah telefon bimbit milik suspek untuk siasatan lanjut.

baca: Lelaki tarik wanita masuk dalam semak, cabul kehormatan ketika joging direman 4 hari