Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Beri notis sebelum anjur perhimpunan, kata KPN

Beri notis sebelum anjur perhimpunan, kata KPN

BernamaMarch 2, 2020 9:14 pm




Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador meminta mana-mana pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menganjurkan perhimpunan supaya mengemukakan notis terlebih dahulu kepada pihak polis

Beliau berkata ini selaras dengan Akta Perhimpunan Aman 2012 bagi membolehkan pasukan keselamatan mengatur gerak anggota untuk mengawal keadaan.

“Polis tidak sekat mana-mana pihak untuk berhimpun tetapi bayangkan jika ada 10 NGO atau 10 kumpulan yang mahu adakan perhimpunan.

“Jika mereka tidak maklum kepada pihak polis, bagaimana polis hendak aturkan kawalan trafik dan lain-lain,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang di ibu pejabat polis Bukit Aman, di sini hari ini.

“Jika perhimpunan yang diadakan didapati ada unsur hasutan… polis juga boleh mengambil tindakan mengikut Akta Hasutan,” kata Abdul Hamid.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar berhati-hati ketika meluahkan pandangan di laman sosial dan berbuat demikian dengan berhemah.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang diterima, tidak ada isu atau insiden yang mungkin membawa kepada kekacauan besar-besaran susulan perkembangan terkini politik negara.

“Bagaimanapun pihak PDRM akan sentiasa bersiap sedia untuk memastikan bantuan-bantuan sumber manusia (disalurkan) jika diperlukan oleh ketua polis negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Ujian Rentas Halangan Jabatan KDNKA 2020 di Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta di Ipoh hari ini.

Ujian Rentas Halangan Jabatan KDNKA 2020 disertai 20 pasukan bermula 29 Feb lepas yang menyaksikan Unit Tindakan Khas memenangi kategori berpasukan, manakala anggota dari VAT69 Komando untuk kategori individu.

Dalam ucapan penutup, Acryl Sani berkata tujuan ujian itu diadakan adalah bagi melahirkan pegawai dan anggota PDRM yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal serta melatih mereka supaya sentiasa dalam keadaan bersiap sedia.

“PDRM berharap acara ini akan diteruskan dan diperluaskan dengan menjemput pasukan lain untuk menyertainya. Diharapkan juga ujian ini dapat memupuk semangat kesukanan dan mengeratkan silaturahim serta semangat setia kawan dalam PDRM,” katanya.

— BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Proklamasi Darurat, rakyat dan teori pusaran keheningan

PN guna duit cukai bayar iklan puji diri

Dr Dzul, Saifudin dan Loke wakil PH dalam JK Bebas nilai Darurat

AMK sambut baik pakej rangsangan Kita Selangor

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production