A.Aida serik bekerjasama dengan Amelia, nekad ‘blacklist’ seumur hidup

Oleh KIM SYAZIE

Penerbit popular, Datuk A.Aida berkata dia serik mahu bekerjasama dengan Amelia Henderson, sekaligus akan menyenarai hitamkan bintang cantik itu dalam mana-mana projek penerbitan syarikatnya selepas ini.

Kata penerbit berusia 53 tahun itu, Amelia kini berada dalam senarai hitam (blacklist) dan dia tidak akan sesekali bekerjasama dengan pelakon Itu seumur hidupnya selepas ini

Dia juga mengatakan ini pertama kali dia bertemu dengan artis ‘spesis’ Amelia yang mana menurutnya telah menarik diri sehari sebelum penggambaran bermula.

“Saya akan ‘blacklist’ dia seumur hidup. Takkan sama sekali bekerjasama dengannya lagi.

“Macam saya cakap, ini pertama kali jumpa artis spesis sebegini. Lain kali kalau ambil (berlakon), mungkin dia akan buat lagi.

“Jadi, saya dah tutup pintu hati saya untuk memanggilnya berlakon lagi. ‘No more’!,” tegas A. Aida memetik laporan Kosmo! Online.

Ujar penerbit sensasi itu lagi, dia lebih rela bekerjasama dengan bakat-bakat baharu lain yang tidak menyusahkan atau menyulitkan keadaan.

“Saya nak beri peluang kepada artis-artis baharu yang tidak bermasalah. Tak nak dah artis yang esok nak ‘shoot’ (mulakan penggambaran), malamnya tarik diri. Minta maaflah,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen Sivil hari ini mengarahkan Amelia Henderson atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson, 28, membayar lebih RM200,000 kerana melanggar kontrak syarikat penerbitan, A Aida Production Sdn.Bhd.

Hakim, Zulqarnain Hassan juga memutuskan supaya pelakon itu memohon maaf dan memadam semua perkongsian video dalam Instagram mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat milik A. Aida.

Baca juga: Jarang dah tengok 7 Kuih Raya Legend ini, orang-orang dulu mesti teringat