Malaysia Dateline

Abang Johari Tun Openg dan Salahuddin Ayub

Undang campur tangan asing: Abang Johari selar Salahuddin

Kenyataan beliau mencerminkan kualiti kepimpinan mereka (Amanah).

“Cetek sungguh pemikiran mereka. Sukar untuk kita bergantung pada kepimpinan seperti itu,” katanya  selepas merasmikan jerayawara Lembaga Jurutera Malaysia di Kuching hari ini.

Beliau berkata delegasi Sarawak akan berada di London selama kira-kira seminggu dalam misi mencari fakta untuk meneliti sumber dan dokumen berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 yang membawa Malaya, Singapura, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak menjadi Malaysia. (Singapura keluar daripada Malaysia pada 1965 dan menjadi negara sendiri).

Pada Sabtu, Abang Johari berkata Sarawak akan menghantar sepasukan peguam ke London untuk mencari dan mengkaji bahan rujukan berkaitan hak negeri ini mengikut Perjanjian Malaysia 1963.

Pasukan itu akan diketuai Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Persekutuan-Negeri dan Pemantauan Projek Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Bagaimanapun semalam Parti Amanah Negara (Amanah) menerusi kenyataan Salahuddin dalam sidang media diadakan dipetik berkata, kebimbangan parti itu dengan tindakan Sarawak yang menghantar sepasukan peguam ke London bagi mencari dan meneliti rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA1963).

Menurut Salahuddin tindakan Sarawak menghantar pasukan peguam bagi menentukan hak-hak sebenar negeri itu yang termaktub di bawah perjanjian tersebut dibimbangi akan menyebabkan campur tangan asing dalam negara ini.

Salahuddin turut mempersoalkan sama ada kerajaan negeri Sarawak akan terus menyokong BN di Semenanjung.

Menurut Salahuddin persoalan itu timbul kerana beliau mendakwa BN Sarawak pada pilihan raya negeri yang lalu memainkan sentimen anti-Semenanjung.