Abang kandung ketagih pornografi, adik usia 9 tahun jadi mangsa lempias nafsu sampai mengandung

Oleh KIM SYAZIE

Negara mencatatkan kes termuda kelahiran anak luar nikah yang membabitkan kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun selepas menjadi mangsa seksual abang kandung yang terpengaruh dengan video pornografi.

Kes itu dilaporkan oleh Pengerusi Yayasan Ikhlas, Zainur Rashid Zainuddin yang menyatakan kes tersebut berlaku pada tiga tahun lalu di Pulau Pinang dan ia amat membimbangkan.

Ini kerana sebelum ini kebanyakan kes hanya melibatkan remaja berusia 17 dan 18 tahun.

“Jika dulu kes kelahiran anak luar nikah dalam kalangan remaja usia 17 hingga 18 tahun tetapi sekarang berlaku di usia sembilan hingga 13 tahun.

“Di Negeri Sembilan dan Terengganu ada kes kanak-kanak 11 tahun. Ini amat membimbangkan kerana kadar remaja yang terlibat dengan kes kelahiran anak tidak sah taraf meningkat 11 peratus,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Menurutnya, kebanyakan pelaku membabitkan remaja lelaki 13 hingga 16 tahun kerana terdedah kepada media sosial berkaitan hubungan seksual yang dikongsi rakan sebaya dalam aplikasi WhatsApp dan Telegram.

Selain itu, gejala turut berlaku atas faktor lain seperti cinta, kerelaan sendiri dan konflik keluarga.

Satu kes yang dikendalikan Zainur, seorang pelajar tingkatan satu dan cemerlang tetapi terlanjur dengan sepupu berumur 14 tahun.

Puncanya disebabkan ibu bapa sibuk bekerja dan tiada masa bersama anak

.Justeru, ibu bapa diminta memainkan peranan masing-masing dan sentiasa meluangkan masa bersama anak.

Baca juga: Laluan LRT Kelana Jaya rupanya dibina bawah kubur, ini kejadian mistik yang pernah berlaku