Abang Khalil terajui AMANAH Sarawak sesi 2019-2022

Abang Khalil terajui AMANAH Sarawak sesi 2019-2022

Abang Khalil Abang Naili bakal menerajui Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Sarawak sesi 2019-2022 selepas menang pada pemilihan Konvensyen Parti AMANAH Negara Sarawak hari ini.

Turut dipilih ialah Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Andri Zulkarnen, Fadilah Sabali, Mohamad Daud,Maxwell ak Rajus dan Ahmad Nazrul Mubin Hamdan.

Nama lain ialah Ariffin Sebi, Nurzaiti Hamdan, Hasnul Omar Ali, Husbi Mahdi, Amrool Sufri Marzuki, Mustapa Erol, Muhammad Naufal Jemain, Abdul Mutalib Abdullah, Gusti Ardanwasyah Aswamdy dan Rosnah Rosli.

Seramai 40 perwakilan dari Parlimen Kota Samarahan, Petrajaya dan Tanjung Manis.telah mengundi bagi memilih 17 wakil yang layak ke peringkat pmimpin negeri.

Abang Khalil dalam ucapan selepas diumumkan sebagai pengerusi baharu merakamkan terima kasih kepada semua perwakilan yang memilih beliau bagi sesi 2019-2022

Katanya, kerjasama daripada ahli jawatankuasa yang dipilih itu amatlah ditagih dalam mengatur gerak kerja di peringkat bawahan khususnya kepada ahli-ahli parti.

“Saya mewakili jawatankuasa baharu yang dipilih ini merakamkan berbanyak terimakasih kepada seluruh perwakilan yang mengundi hari ini.

“Justeru kami berjanji untuk memikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya sekali gus membawa AMANAH di Sarawak menjadi platform kepada pelbagai masyarakat membina satu suara untuk dibawa kepada peringkat pemimpin atasan, ” tegas beliau.

Hadir merasmikan Konvensyen AMANAH Negeri Sarawak yang berlangsung di sebuah hotel termuka di Sibu hari ini ialah Naib Presiden Parti AMANAH, Datuk Dr Hasan Bahrom.