‘Abang Mad hadir juga walaupun penganjur kongres awalnya tidak jemput’

‘Abang Mad hadir juga walaupun penganjur kongres awalnya tidak jemput’

Salah seorang peserta Kongres Maruah Melayu, Ahmad Sayuti Bashiron memberitahu beliau menerima mesej jam 9.40 pagi tadi, daripada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang memaklumkan akan hadir ke majlis itu.

“Kata Abang Mad (Mohamad Sabu), beliau akan hadir juga, walau baru saja terima jemputan penganjur ke Kongres (Maruah) Melayu itu walau asalnya memang tak dijemput pun,” dipetik dari¬†Facebook beliau.

Bahkan, kata Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu, Mohamad sepatutnya hadir ke acara lain yang lebih besar.

Ahmad Sayuti Bashiron

Kisahnya, kata Sayuti, asalnya memang beberapa kerusi disediakan untuk Menteri yang dijemput di bahagian depan dewan di Stadium Malawati Shaha Alam itu.

Walau bagaimanapun, jelasnya, kerusi itu diisikan pula oleh penganjur yang dakwanya pro-Umno itu, demi keistimewaan buat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk duduk di kerusi menteri itu.

“Abang Mad masuk penuh bersahaja, tanpa bodyguard tanpa kawalan. Bersalaman dengan hadirin tanpa sepatah pun aluan pengacara.

“Terus ke depan dan hulurkan kedua-dua belah tangan bersalaman dengan Presiden Pas yang duduk di tempat asal Abang Mad itu, dengan wajah sangat ceria bertanya khabar dan lain-lain dalam beberapa saat sambil berdiri,” jelasnya.

Kata Ahmad Sayuti, Presiden parti lama Abang Mad itu menghulurkan juga sebelah tangan dalam reaksi spontan yang dilihatnya sangat terkejut atas keceriaan dan sapaan Mohamad yang tidak dijangka itu.

“Aku yang duduk bersebelahan itu berkata dalam hati, wah mulianya Abang Mad bersungguh sekali perwatakannya terhadap seorang yang kerap memfitnah beliau sekian lama.

“Walau responsnya tidaklah setara mana, mata pun tak sempat bertentangan,” tulis Ahmad Sayuti lagi mengulas pertemuan kedua-dua pemimpin itu.