
Abby di Mekah, anak meninggal dunia
Anak penyanyi dan pelakon Abby Abadi meninggal dunia selepas 70 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU), Hospital Sungai Buloh.
Memetik laporan Malaysiagazette hari ini, Muhammad Danial Firman menghembuskan nafas terakhir malam tadi dan berita duka itu dimaklumkan sendiri Abby menerusi akaun Instagramnya pukul 2 pagi semalam.
Dalam perkongsiannya, Abby memaklumkan bahawa jenazah anaknya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam AU4, Lembah Keramat dengan bantuan saudaranya.
Muhammad Danial Firman dilahirkan pada 27 September lalu dengan berat 535 gram.
Abby dan Faizal yang mendirikan rumah tangga pada 14 Ogos 2015, turut mempunyai dua anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyan dan Maisara Dayana Fathia yang berusia setahun lebih.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Abby dianugerahkan tiga anak iaitu Mohamed Danish Hakim 16, Marissa Dania Hakim, 14, dan Maria Danisah Hakim, 11.