Malaysia Dateline

Abdul Hadi Awang 1

Abdul Hadi belum terima maklumat lanjut anggota unit amal ditahan polis

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata berkata beliau masih belum menerima maklumat lanjut berhubung seorang anggota unit amal parti itu yang ditahan polis atas dakwaan membakar kenderaan milik Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Hadi berkata beliau bagaimanapun akan menyerahkan isu berkenaan kepada pihak polis untuk disiasat dan dalam masa yang sama meminta mana-mana pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi kerana boleh mengganggu siasatan.

“Saya tidak ada maklumat lagi mengenai isu itu. Mungkin selepas ini saya akan membacanya,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Badar Kubro di Masjid Madrasah Nasrullah dekat Pohon Buloh di sini, Rabu malam.

Mohd Asri semalam memohon maaf susulan paparan dua gambar anggota jabatan amal PAS – bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang – yang mengiringi hantaran mengenai kes bakar keretanya pada 22 Mac lalu.

Hantaran itu kemdian dipadamkan.