Abdul Hadi beransur pulih sudah jalani fisioterapi

Abdul Hadi beransur pulih sudah jalani fisioterapi

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini dilaporkan berada dalam keadaan pemulihan selepas pembedahan  berjaya dilakukan di Institut Jantung Negara (IJN) sejak seminggu lalu.

“Alhamdulillah Tuan Guru berada dalam keadaan pemulihan pasca pembedahan yang sangat baik dan respon yang sangan positif terhadap rawatan yang diberikan di Unit Rawatan Rapi IJN.

“Tuan Guru juga telah mula menjalani latihan fisioterapi bagi memperkuatkan fizikalnya, dan ianya adalah rawatan yang biasa dijalankan selepas pembedahan jantung,” ujar Dr Ahmad Samsuri Mohktar Setiausaha Agung Pas dalam kenyataan rasminya petang ini.

Beliau berkata Ahli Parlimen Marang itu perlu lebih banyak berihat ketika masih melalui proses pemulihannya.

“Proses pemulihan dapat bergerak pantas sekiranya Tuan Guru dapat berehat sepenuhnya. Lawatan pada peringat ini adalah masih terhad untuk keluarga terdekat sahaja sehingga dimaklumkan nanti,” ujarnya.

Abdul Hadi menjalani pembedahan pengantian injap  jantungnya  pada 17 Mei lalu di JN. Pembedahan tiga jam itu dilakukan oleh Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub dan kumpulannya.

COMMENTS

Wordpress (0)