Malaysia Dateline

Abdul Hadi di IJN terima rawatan susulan

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini menerima rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN), atas nasihat doktor bagi tempoh beberapa hari.

Perkara itu dimaklumkan oleh setiausaha politiknya Syahir Sulaiman pada hantaran di Facebook malam tadi.

“Marilah kita berdoa agar YB Dato’ Seri Tuan Guru dikurniakan kesembuhan dan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada ummah,” kata beliau.

Sebelum ini, Abdul Hadi dikejarkan ke Hospital Putrajaya setelah mengalami sesak nafas kemudian dipindahkan ke IJN kira-kira pada pukul 9.30 malam hari yang sama dengan menaiki ambulans untuk rawatan lanjut.

Setelah menerima rawatan di IJN, presiden PAS dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada 19 Feb setelah pulih daripada masalah kesihatan berkaitan sesak nafas.