Abdul Hadi kunjungi Mahathir hari ini

Abdul Hadi kunjungi Mahathir hari ini

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan veteran Pas Datuk Mustafa Ali hari ini menemui Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan itu diadakan di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pagi tadi.

Beberapa keping gambar telah dimuat naik di laman facebook Dr Mahathir berkata, beliau berbesar hati menerima kehadiran tiga pemimpin Pas Terengganu itu.

“Saya berbesar hati menerima kunjungan YAB Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Presiden Pas Datuk Seri Hj Hadi Awang serta Datuk Mustafa Ali di pejabat saya pagi tadi,” ujarnya.

Semenara itu Dr Ahmad Samsuri turut memuat naik gambar sama di laman facebook beliau dengan mengucapkan terima kasih kepada Pengerusi Pakatan Harapan itu.

“Terima kasih YAB Tun Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia kerana menerima kunjungan kami ke pejabat beliau pagi ini.

“Semoga hubungan rapat dan positif antara kerajaan Negeri Terengganu dan Persekutuan dapat terus diperkukuhkan untuk kepentingan negara dan negeri serta rakyat seluruhnya,” ujarnya.

Dengan kehadiran pimpinan kanan Pas itu ini adalah yang pertama berlaku selepas Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan Pakatan Harapan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, Pas menerusi Gagasan Sejahtera telah berjaya menawan Negeri Terengganu dengan memperoleh 6 kerusi Parlimen dan 22 Dun menewaskan BN dan PH.

Pas juga terus bertahan di Kelantan bagi penggal ke lima berturut-turut.

Setelah memenangani dua negeri, Pas masih tidak boleh mencapai hasratnya untuk kekal perintah negara bagaimanapun desas-desus mengatakan Pas cuba untuk meneruskan agenda partinya dengan hasrat untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan.

Pas cuba meluaskan agenda tersebut kepada kerajaan di Perak dan Kedah yang dikuasai PH.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar pernah mempersoalkan hasrat Pas itu, dengan menyarankan agar Pas  melaksanakan agenda  kerajaan Perpaduan di Kelantan dan Terengganu bersama BN terlebih dahulu.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote