Abdul Hadi mahu ‘tunggu dan lihat’ hayat Amanah

Abdul Hadi mahu ‘tunggu dan lihat’ hayat Amanah

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendirian untuk 'tunggu dan lihat' sejauh mana hayat Parti Amanah Negara (Amanah) jika ia mahu bekerjasama dengan Pas bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendirian untuk ‘tunggu dan lihat’ sejauh mana hayat Parti Amanah Negara (Amanah) jika ia mahu bekerjasama dengan Pas bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya umum akan datang.

 “Kita tengok Amanah hidup ke tidak lagi,” kata ahli Parlimen Marang itu kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Tarbiyah dan Dakwah Pas Bandar Tun Razak, di Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur, malam tadi.

Timbalan pengerusi Amanah, Salahuddin Ayub sebelum ini dilaporkan berkata partinya sentiasa membuka pintu kepada semua pihak termasuk Pas untuk mengadakan perbincangan jika parti pembangkang mahu hanya satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

Sehubungan dengan pendirian itu, Salahuddin berkata, kerjasama itu hendaklah dilakukan melalui Pakatan Harapan.

Terdahulu Abdul Hadi merasmikan Pusat Tarbiyah dan Dakwah PAS Bandar Tun Razak, di Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur bagi memudahkan anggota parti Islam itu menjalankan aktiviti pemerkasaan parti.

Hadir sama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh.

TAGS