Abdul Hadi perlu jawab dakwaan terima duit umno untuk halau jebon dalam Pas, kata Mohamad

Abdul Hadi perlu jawab dakwaan terima duit umno untuk halau jebon dalam Pas, kata Mohamad

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menjawab dakwaan dalam rakaman audio yang mendakwa Nik Abduh menerima wang dari Umno untuk menghalau ‘Jebon-Jebon’ dalam Pas dengan segera.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran jentera Pakatan Harapan dan pengisytiharan calon Parlimen Parit Buntar semalam.

Menurut beliau lagi, dakwaan ada usaha pihak tertentu yang ingin mengurangkan kuasa Majlis Syura dalam Pas dengan membabitkan isu rakaman ini adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya ia hanya merupakan rekaan yang dicipta bagi menutup kes sebenar membabitkan rakaman video yang hangat diperkatakan sekarang.

“Presiden Pas wajib menjawab dengan segera apa yang terkandung dalam rakaman ucapan Nik Abduh yang didakwa menerima wang dari Umno.

“Dalam rakaman tersebut juga ada dakwaan mengenai wang yang diterima bagi menghalau ‘jebon-jebon’ dalam Pas.

“Malah rakaman tersebut turut mengatakan wang tersebut adalah bagi menghalau mereka yang ada senarai nama sebagai ‘jebon’ semasa muktamar tersebut, ” ujarnya lagi.

Mohamad ketika melancarkan jentera Pakatan Harapan bagi Parlimen Parit Buntar semalam.

Kata Mohamad Sabu lagi, Pas sebenarnya tidak sedar Umno telah berusaha untuk memecahbelahkan parti tersebut dengan menggunakan wang.

Namun begitu jelasnya, amat malang apabila ada dikalangan pimpinan Pas yang telah sanggup untuk menggunakan wang daripada Umno bagi melaksanakan misi menghalau ‘jebon-jebon’ dalam Pas.

“Saya ingin ucapkan tahniah kepada Umno kerana telah berjaya memecahbelahkan Pas dengan menggunakan wang mereka.

“Akhirnya Pas berpecah dan terpecah sehingga membuatkan Umno tersenyum lebar melihat kemelut yang sedang berlaku.

“Natijahnya menjadi realiti apabila konflik dalaman Pas berpanjangan sehingga sekarang termasuklah isu rakaman video membabitkan penerimaan wang dari Umno, ” tegasnya lagi.

Turut hadir dalam majlis pelancaran jentera PH Parlimen Parit Buntar tersebut ialah Pengerusi AMANAH Negeri Perak, Asmuni Awi, Pengerusi PKR Negeri Perak, Senator Dr Muhammad Nur Manuty, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail serta kepimpinan Dap dan Bersatu Negeri Perak.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS