Dr. Rani desak Budiman nyatakan pendirian berkenaan RUU 355 menjelang PRK

Dr. Rani desak Budiman nyatakan pendirian berkenaan RUU 355 menjelang PRK

Ahli Dewan Undangan Meru Dr Abdul Rani Othman mahu calon Barisan Nasional (BN) menyatakan pendirian sama ada menyokong Akta 355 ini.

Beliau ditemui Malaysia Dateline pagi ini ketika melawat Pasar Awam Sekinchan mengedarkan risalah berkaitan Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah 355 kepada pengundi kaum Cina di Sekinchan.

“Saya nak sangat tahu pendirian Umno-BN terutama calon BN Budiman, mengenai RUU adakah dia dan parti komponennya itu sokong atau tak jika ia dilaksanakan kelak.

“Saya pasti mereka takut nak jawab pertanyaan saya ini,” ujarnya.

Ditanya mengenai kenyataannya untuk keluar Pas sekiranya Pas bekerjasama dengan Umno wujudkan kerajaan perpaduan beliau berkata, tetap dengan keputusan yang pernah dibuatnya sebelum ini.

“Kerjasama(ta’aun) tidak menjadi masalah tapi bukan tahaluf dengan Umno. Jika Pas nak bertahaluf dengan Umno buat apa saya pula nak bertanding di Parlimen Sungai Besar ini,” ujarnya.

Pada 8 Jun lalu bekas pesuruhjaya Pas Selangor ini mengeluarkan kenyataan beliau akan keluar Pas jika parti Islam itu bergabung dengan Umno bagi membentuk kerajaan perpaduan.

Beliau berkata pemimpin Pas sudah berkali-kali menafikan akan wujudnya gabungan antara kedua-dua parti Melayu berkenaan walaupun ada spekulasi mengatakan demikian.

“Kalau ada kerjasama dengan Umno, saya yang akan jadi orang pertama tinggalkan Pas. Tidak ada rancangan seumpama itu,” katanya dipetik daripada Malay Mail Online.

Beliau pagi ini menyerahkan lebih kuang 5,00 kuih Bak Chang kepada pengundi yang berada di Pasar Awam Sekinchan sambil mengedarkan risalah RUU berbahasa Cina dan Bahasa Melayu.

COMMENTS

Wordpress (0)