Abdul Rashid yakin menang di Selat Klang, doktor tentera lawan Noh Omar

Abdul Rashid yakin menang di Selat Klang, doktor tentera lawan Noh  Omar

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengumumkan senarai calon bagi 3 kerusi Parlimen dan 9 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Negeri Selangor.

Naib Presiden yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Selangor akan bertanding di kerusi Negeri N44 Selat Klang dalam Parlimen Kapar.

Bagi tiga kerusi Parlimen, Bersatu membariskan calon di P92 Sabak Bernam Naib Ketua Sabak Bernam Kalam Sahlan, (P93 Sungai Besar) calonnya Ketua Pemuda Bahagian Sungai Besar Mohd Asyraf Basri dan (P95 Tanjong Karang) Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi, Ketua Bahagian Sungai Buloh.

Bagi kerusi Dun,  Bersatu membariskan calonnya Timbalan Ketua Bahagian Sabak Bernam Mohd Hamizar Sulaiman di N01 Dun Sungai Air Tawar; Timbalan Ketua Bahagian Hulu Selangor Harumaini Omar (N07 Batang Kali);Ketua Bahagian Tanjong Karang Mohd Azmil Misman (N08 Sungai Burong); Ketua Bahagian Kuala Selangor Mohd Najib Hitam Othman (N12 Jeram); Naib Ketua Bahagian Selayang Mejar (B) Abdul Wahid Bidin(N13 Kuang); Timbalan Ketua Bahagian Hulu Langat Mohd Rais Zulkifli (N24 Semenyih); Setiausaha Bahagian Kuala Langat Roszani Roslan (N51 Sijangkang) dan; Ketua Pemuda Negeri Selangor Adhif Syan Abdullah (N55 Dengkil).

Kesemua kerusi Parlimen dan Dun Bersatu di Selangor menampilkan muka baru tetapi mereka terpilih kerana berpengalaman dalam politik ketika bersama Umno, berpendidikan dan profesional.

Datuk Abdul Rashid Asari

Menurut Abdul Rashid, semua calon telah ditentukan oleh Lembaga Pemilihan Calon yang dipengerusikan Tun Dr Mahathir Mohamad, Presiden Tan Sri Muhyiddin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Pengumuman calon-calon bagi negeri Selangor yang terakhir sekali. PPBM telah berusaha untuk dapatkan kerusi Parlimen dan kerusi negeri tetapi akhirnya keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden kita peroleh 3 kerusi Parlimen dan 9 kerusi negeri.

“Setelah berbincang dengan Lembaga Pemilihan Calon parti telah mengambil masa agak lama dan akhirnya keputusan telah dibuat oleh PPBM untuk menentukan calon di peringkat Parlimen dan Dun,” ujarnya pada  sidang media yang diadakan di Ibupejabat Bersatu di Shah Alam petang ini.

Abdul Rashid juga menegaskan semua calon PPBM di Selangor perlu mengalas tanggungjawab dan amanah yang berat untuk menentukan kemenangan Pakatan Harapan di Selangor.

“Walaupun negeri Selangor sebuah negeri di bawah pemerntahan pakatan pembangkang kita tidak boleh mengambil kesempatan sebaliknya perlu bekerja keras untuk memastikan calon-calon dari PPBM menang seratus peratus, InsyaAllah,” ujarnya bersandarkan kepada sambutan ceramah-ceramah yang diadakan oleh PH sebelum ini mengukuhkan lagi pandangan beliau akan berlaku tsunami rakyat pada PRU14.

Bersatu  Selangor sebelum ini mendesak 12 kerusi di Selangor tetapi oleh kerana Majlis Presdien PH telah memutuskan 9 kerusi Dun dan 3 Parlimen  Bersatu  Selangor akur dengan keputusan.

“Kita jangkakan kerusi yang dipegang BN sepatutnya diberi kepada PPBM tetapi bila berbincang dengan agihan kerusi isu ini tidak timbul kerana ada juga kerusi yang dipegang BN ada parti lain berminat, kita akur keputusan Majlis Presiden,” ujarnya.

Abdul Rashid juga menyatakan beliau tidak gentar dengan pencabarnya di Selat Klang apabila terpaksa bertanding tiga penjuru dengan calon Pas yang mengekalkan penyandangnya Dr Halimah Ali dan calon baru BN Dr Khairi Hussin di kerusi sama.

“Saya dalam Umno sudah 30 tahun tetapi tiada nasib dalam Umno.Saya tinggal di Dun Selat Klang selama 40 tahun saya banyak kenal dengan orang di sana, mungkin mereka ini mengingati sumbangan saya dan ada juga dikalangan mereka hari ini, berjumpa saya dan menyatakan sokongan walaupun mereka masih dalam Umno.. insyaallah saya rasa boleh menang di Dun Selat Klang,” ujarnya.

Kapt (B) Dr Zulkafperi Hanapi

Bagi calon Tanjong Karang Kapten (B) Datuk Dr Zulkafperi Hanapi ketika ditanya mengenai kerusi di tandinginya menentang penyandang tiga penggal Tan Sri Nor Omar yang juga Pengerusi BN Selangor.

“Saya dapati Tanjong Karang tidak banyak perubahan jika mahu dibandingkan dengan Kuala Selangor atau di Sungai Besar, kelihatannya Tanjong Karang jauh ketinggalan.

“Dengan demografi 66 peratus kaum Melayu, 16 peratus kaum Cina dan 8 peratus kaum India, kita lihat tsunami Cina akan kekal beri undi kepada PH lebih kurang 80 peratus dan kaum India sekitar 60 peratus jika 14,000 pengundi bukan Melayu ini kita akan dapat 8,000 hingga 10,000 undi dengan mudah.

“Bagi kaum Melayu 33,000 pengundi yang akan berpecah tiga kepada sokongan BN, Pas dan PH.

“Jika kita lihat sekarang kita akan dapati sekitar 50 hingga 60 peratus undi Melayu terarah kepada Pakatan Harapan sudah tentu kita akan menang kerana sokongan rakyat hari ini begitu tinggi terhadap calon-calon Pakatan Harapan.

“Rakyat di Tanjong Karang akan mengubah kepimpinan kali ini. Saya percaya kita boleh menang bukan sahaja di Tanjong Karang tetapi di kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Selangor calon-calon Pakatan Harapan akan sapu bersih,” ujarnya.

 

2.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 4.0