Abid zuhud rupanya serigala lapar

Abid zuhud rupanya serigala lapar

Ketua AMANAH Kawasan Marang, Ustaz Miqdad Zakaria melahirkan kebimbangannya melihatkan situasi politik semasa yang membabitkan tokoh-tokoh agama daripada Pas.

Terbaharu adalah berhubung kontroversi doa laknat yang dibaca pemimpin Pas Selangor, Ustaz Dusuki Abd Rani dalam satu program parti itu di negeri Selangor baru-baru ini.

Kata Miqdad, ramai yang sudah sesat disebabkan pegangan politik yang mengatasi akidah dan ibadat.

Ujar beliau, sudah lama perkara sebegini berlarutan, semua gara-gara tangan agamawan yang mengetahui tetapi takut untuk bersuara sementelah untuk mengambil bahagian..

Tambahnya, sudah sampai masanya etika politik Islam dikemaskini, kembalikan batasannya supaya orang awam dapat mengenali dan memahami.

Beliau menyeru tokoh-tokoh agama daripada Pas seperti Ustaz Dusuki supaya berhenti membebalkan minda masyarakat dengan menyemaikan keyakinan bahawa pakatan politk lain selain Pas adalah musuh yang perlu dihapuskan.

Miqdad Zakaria

Kata beliau, Allah Tuhan sekalian mahkluk, bukan hak milik mutlak yang orang Islam dalam parti PAS.

“Jika kamu (Dusuki) dan pengikut kamu mengganggap kami ini layak menerima laknat daripada Allah disebabkan berbeza pendapat dari sudut ijtihad, maka dengan ini kamu sudah jauh tersesat dengan mainan Iblis yang bersarang di dada nafsu kamu gara-gara keinginan itu sudah mengatasi kehendak iman.

“Sekali lagi ana (saya) ulangi, kamu sudah jauh disesatkan oleh tipu daya iblis yang datang dengan gambaran seorang abid kononnya zuhud akan dunia, walhal hatinya lebih kejam daripada seekor serigala yang tengah lapar,” tulis beliau dalam Facebooknya.

Beliau sekali lagi menyeru pemimpin-pemimpin Pas supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar dan mengajak manusia mengenali keindahan Islam, yang boleh menyelamatkan diri daripada kemurkaan Allah dan azab api neraka.

“Sama-samalah kita bertaubat dan memohon ampun.. Kita tidak mengetahui hakikat sebenar melainkan yang zahir. Ilmu Allah sangat luas, mengatasi segala ilmu seluruh manusia,” kata beliau.

7.4
OVERALL SCORE
6 user votes x 8.7
CATEGORIES