Malaysia Dateline

Abu mayat Chin Peng: Mohamad tunggu hasil siasatan KDN

“Saya tidak mahu buat apa-apa kenyataan sehingga Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan hasil siasatan,”

Demikian kata Mohamad ketika ditanya mengenai abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang dibawa masuk ke negara ini.

Menteri Pertahanan yang ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau akan memberi kenyataan hanya selepas KDN mengeluarkan hasil siasatan terhadap isu berkenaan.

“KDN siasat. Minta KDN siasat,” katanya secara ringkas kepada pemberita.

Ditanya adakah ia (membawa pulang) abu mayat Chin Peng akan mengguris hati tentera dan polis yang berjuang selama ini melawan komunis, Presiden AMANAH itu mengulangi jawapan sama.

“Sehingga KDN mengeluarkan hasil siasatan,” katanya.

Semalam TImbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman dipetik berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan membawa pulang abu mayat Chin Peng ke negara ini selepas kerajaan menetapkan keputusan mengenai larangannya sebelum ini.

Keputusan kerajaan tidak membenarkan abu mayat Ching Peng dibawa balik ke Malaysia masih kekal, justeru laporan yang mendakwa abu mayat bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu telah ditabur di Lumut dan Banjaran Titiwangsa akan disiasat.

Memetik laporan China Press China Press turut melaporkan, sebahagian abu mayat mendiang ditabur di perairan kira-kira tiga kilometer dari Lumut, Perak manakala sebahagian lagi di kawasan hutan di Banjaran Titiwangsa.

Sebelum abu ditaburkan, satu majlis kenangan telah diadakan dan abu pejuang Parti Komunis Malaya itu telah dibawa mengelilingi kampung mendiang di Sitiawan menggunakan kereta.

Abu Chin Peng juga melalui kawasan perkuburan di mana ibu bapa, abang dan iparnya bersemadi sebagai memenuhi hasrat terakhir mendiang.

Chin Peng meninggal dunia di Bangkok pada umur 89 tahun kerana penyakit barah.

Mendiang pernah memberitahu mahu meninggal dunia di tempat asalnya di Malaysi