Abu Zahar nafi laporan media ahli dewan tidak hadir dengar perbahasan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily yang mendakwa bahawa hanya enam ahli Dewan Negara hadir bagi mendengar sesi perbahasan.

Abu Zahar dipetik sebagai berkata,laporan tersebut sama sekali tidak benar kerana kuota yang hadir setiap hari tidak pernah kurang daripada 10 orang sekaligus menyifatkan laporan tersebut mencemarkan nama baik Dewan Negara.

“Dia (Sin Chew) ada menyatakan hanya 6 orang sahaja yang datang dan tak cukup korum, itu tak betul, bila buat macam tu tak baguslah, ia mengelirukan keadaan dan agaknya macam mana kamu tahu? mengintipkah di dalam (Dewan Negara) itu?

“Mereka kena tahu, kita orang Islam Maghrib pun kita keluar solat, tapi tak pernah berlaku tak cukup korum sebab kita biasanya akan lebih daripada 10 orang,” katanya selepas majlis perpisahan bersama tiga ahli Dewan Negara di bangunan sementara Parlimen, hari inni

Tiga ahli Dewan Negara yang tamat tempoh sebagai senator itu adalah Datuk Seri Idris Jala, Dr Syed Husin Ali dan Datuk Mohamad Olian Abdullah.

TAGS