Malaysia Dateline

Acryl Sani dilantik sebagai IGP baru mulai 4 Mei

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru, berkuat kuasa Selasa depan (4 Mei).

Surat pelantikan sebagai ketua polis negara yang baru itu diserahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, hari ini.

Acryl akan menggantikan Abdul Hamid Bador yang dilantik ke jawatan itu bagi tempoh 4 Mei 2019 hingga 3 Mei 2021.