Tular sebelum ini ciapan yang memuji pelakon, Amelia Henderson kerana menjadi salah satu ahli Mensa, malah bangga dengan pencapaian yang ada pada wanita itu.
Namun masih ada lagi yang busuk hati dengan menambah janda sebagai salah satu pencapaian buat pelakon tersebut.
Amelia menerusi Twitter memaklumkan jika kelemahan dirinya hanya status janda maka dia tidak kisah namun tidak perlu rendahkan wanita hanya kerana gelaran itu.
“Kalau masalah terbesar dengan saya adalah sebab saya pernah berkahwin, saya rasa saya ok. Tapi saya benci dengan perkataan janda, boleh ke kalau kita berhenti melabel wanita mengikut status perkahwin di tahun 2023.
“Saya seorang pelakon, model, pengacara, penerbit dan penari yang memenangi anugerah dengan pengalaman selama 27 tahun.
“Janda adalah cara yang paling tidak sopan dan tidak menarik untuk menggambarkan saya,” ujarnya.
Rata-rata warganet bersetuju dengan pelakon tersebut, malah perkataan ‘janda’ itu sering dikaitkan dengan fikiran kotor.
“Perkataan janda bukanlah masalah tetapi fikiran generasi Melayu ni suka guna janda dengan niat buruk. Bila sebut janda mulalah terbayang bukan-bukan.
“Kalau duda je kesian sebab kena tinggal isteri, kalau janda terus cop bukan-bukan,” kata @ehhmilab.
sheeqa
“Betul tu, saya pun benci perkataan tu. Orang melayu anggap perkataan janda dan duda sebagai perkara normal sampai tak nampak yang sebenarnya mereka rendahkan kita,” tambah @shahfiqamaziah.
Baca juga: ‘Kami sedar diri’, penyanyi Malaysia jauh hati dengan peminat artis Korea